Pada zaman penjajah Inggeris di negara ini dahulu,para pegawainya telah mengkaji potensi Bukit Bendera ini untuk dijadikan tempat berehat dan tempat peranginan yang menarik.Sehubungan dengan perkara ini,pihak berkuasa Inggeris telah mula membina kereta api khas yang ditarik dengan menggunakan kabel dan kuasa elektrik.Pembinaanya selesai pada tahun 1920.Landasan yang dibina pada masa itu ialah sepanjang 626 meter.Semasa pembinaan landasan tersebut para jurutera Inggeris dan para pekerjanya telah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.
Pada hari ini,Bukit Bendera tempat bersenang-senang bukan sahaja bagi pasangan yang berbulan madu tetapi juga bagi mereka yang sudah bersara dan para pelancong yang ingin berehat.Dari atas bukit ini,pelawat dapat melihat bandaraya Georgetown yang indah dan dipenuhi bangunan-bangunan pencakar langit.Pemandangan ini menjadi lebih indah pada waktu malam.Pemandangan laut sekitar keliling pulau menjadi tarikan kepada para pelancong
Di atas Bukit Bendera terdapat rumah-rumah ibadat seperti masjid dan kuil.Restoran dan gerai-gerai makanan disediakan juga di sini untuk keperluan para pelancong.Kemudahan-kemudahan lain seperti balai polis,pejabat pos,dan taman permainan kanak-kanak tidak ketinggalan juga.Inilah pemandangan Bukit Bendera yang terunggul di negara Malaysia ini.