Make your own free website on Tripod.com

Imej Negara yang Positif Di Mata Dunia Kebanggaan Kita

MALAYSIA BOLEH!...Dua orang pendaki Malaysia menjejakkan kaki di puncak Everest.

Pendaki Malaysia menawan Everest,iaitu gunung tertinggi di dunia pada pukul 2.15 petang waktu Malaysia.Bendera negara dikibarkan di puncak gunung itu pada ketinggian 8848 meter.Dua orang daripada pendaki yang membawa cabaran negara,M.Magendran,33 dan N.Mohanadas,35,telah berjaya sampai ke puncak Everest.Peristiwa bersejarah ini disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Malaysia ke seluruh negara.Kejayaan mereka mengakhiri pendakian selama 29 hari yang bermula pada 25 April 1997.

M.Magendran dan N.Mohanadas berada di puncak Everest selama 10 minit.Kejayaan dua orang anak Malaysia ini membuktikan dengan keazaman yang tinggi,rakyat Malaysia boleh berjaya dalam apa jua bidang.