Make your own free website on Tripod.com

Istana Budaya

Istana Budaya merupakan antara bangunan tercanggih di Asia.Bangunan ini juga adalah antara yang terbaik di dunia setanding dengan Royal Albert Hall,London dan Sydney Opera House,Ausralia.Istana Budaya mempunyai sebuah panggung untuk menjalankan kegiatan seni seperti teater,tarian dan orkestra.

Istana Budaya dibina di kawasan seluas 21 000 meter persegi.Reka bentuk bangunannya bercirikan seni bina Melayu Nusantara.Reka bentuk bumbung ini ialah gabungan bentuk bumbung rumah Minangkabau dan bentuk sirih junjung.Reka bentuk tangganya pula berdasarkan ciri-ciri rumah Melayu Melaka.Pintu masuk utamanya seakan-akan pintu utama balairung seri istana Melayu zaman dahulu.Ukiran pada pintu ini memperlihatkan seni bina budaya Melayu.Pelan bangunan ini berkonsebkan rumah Melayu yang mempunyai tiga bahagian iaitu serambi,rumah ibu dan dapur.Bahagian serambi untuk ruang legar atau lobi,bahagian rumah ibu untuk auditorium dan bahagian dapur untuk pentas.Reka bentuk yang unik ini ialah ciptaan Muhammad Kamar Ya'akub seorang arkitek tempatan.

Ruang legar Istana Budaya dihiasi dengan jubin marmar,lukisan pelukis tempatan,permaidani yang bermotifkan flora serta tempat duduk yang unik.Ruang legar ini digunakan untuk pameran dan majlis sambutan rasmi.

Auditorium Istana Budaya mempunyai tiga aras yang boleh memuatkan seramai 1469 orang penonton.Di dalam auditorium ini terdapat anjung yang berkonsepkan jendela rumah orang Melayu.Anjung ini hanya terdapat di aras dua dan aras tiga yang dikhaskan untuk orang kenamaan.Hiasan dalaman auditorium ini dipenuhi dengan ukiran yang bermotifkan bunga dan daun kayu-kayan tropika.

Pentas Istana Budaya merupakan sebuah pentas yang canggih.Terdapat empat buah pentas utama berbentuk prosenium yang berukuran 28 meter x 25 meter setiap satu.

back