Make your own free website on Tripod.com

Lambang Negara

Terdapat lambang-lambang negara yang dapat menunjukkan perpaduan rakyat di negara kita, Malaysia seperti Bunga Kebangsaan, bendera Malaysia dan Rukun Negara.

Bendera Malaysia
Apakah yang dapat bendera Malaysia dilambangkan?
Bendera merupakan suatu simbol dan identiti bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan yang bangga terhadap negera sendiri. Bendera Malaysia menggambarkan penyatuan negeri-negeri dan perpaduan rakyat Malaysia dengan kerajaan.

Jelaskan perlambangan yang terdapat pada bendera Malaysia.
Pada bendera Malaysia, terdapat 14 jalur yang berwarna merah putih dan 14 bucu pada bintang melambangkan 13 negeri digabungkan dan Wilayah Persekutuan. Bulan sabit pula tanda agama Islam sebagai agama rasmi. Warna putih melambangkan kesucian dan warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Warna merah pula melambangkan keberanian.

Bunga Kebangsaan
Apakah bunga kebangsaan bagi negara Malaysia dan apakah perlambangan tersebut?
Bunga Kebangsaan Malaysia ialah bunga raya yang mempunyai 5 ranggi atau petal dan berwarna merah. Wana merah pada bunga raya melambangkan keberanan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Rukun Negara
Bilakah Rukun Negara dilahirkan?
Rukun Negara dilahirkan pada tahun 1970 setelah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Besar. Rukun Negara menjadi lambang perpaduan rakyat. Rukun Negara ialah satu ideologi kebangsaan bagi negara Malaysia.

Apakah yang terkandung dalam Rukun Negara?
Rukun Negara mempunyai 5 prinsip iaitu:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(c) Keluhuran Perlembagaan
(d) Kedaulatan Undang-undang
(e) Kesopanan dan Kesusilaan

<-BACK