Make your own free website on Tripod.com

Pelancongan dan Jati Diri

Pelancongan kini telah menjadi satu sumber ekonomi yang begitu menguntungkan negara.Kehadiran para pelancong luar negara ke Malaysia telah menyebabkan berlakunya pengaliran wang masuk ke dalam negara. Kesannya,peningkatan ekonomi yang begitu ketara dari setahun ke setahun dalam sektor ini.Untuk tujuan ini,kerajaan sanggup membelanjakan beratus-ratus juta ringgit semata-mata untuk mempromosikan keunikan dan keindahan negara ini di seluruh dunia. Negara ini mempunyai kelebihan yang setanding dengan negara lain,daripada pulau,pantai,dan kawasan yang tinggi dan cantik,ke kawasan semula jadi di taman negara dan hutan rimba.

Namun,kebanjiran para pelancong ke negara ini sedikit sebanyak telah mengubah corak dan jati diri masyarakat kita.Budaya dipamerkan oleh pelancong asing dibimbangi akan mempengaruhi perilaku anak-anak muda dan masyarakat di negara ini.

Kembimbangan mula terasa apabila proses pembinaan budaya danjati diri masyarakat kita dicemari oleh unsur-unsur negatif yang dibawa oleh pelancong asing.Lebih menakutkan lagi ialah akan berlakunya penyerapan budaya asing ke dalam masyarakat tempatan.Persediaan yang lengkap belum lagi cukup untuk menjamin kekuatan mental dan iman anak tempatan.Benar,tetamu yang datang perlulah dilayan sebaik-baiknya,tetapi layanan yang diberikan haruslah mengikut landas adap budaya sendiri.

<-BACK