Make your own free website on Tripod.com

HARI RAYA PUASA


*Hari Raya Puasa*

*RAYA*

Sambutan Hari Raya Sambutan Hari Raya Puasa adalah merupakan suatu kemestian bagi kaum muslim di Malaysia. Perayaan ini akan di sambut setelah sebulan mereka mengerjakan ibadah puasa dan pada hari raya Puasa kebiasaannya mereka akan mengadakan sambutan rumah terbuka sebagai menyambut tetamu yang datang berkunjung.Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia. Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara

back