Make your own free website on Tripod.com

Taman Reptilia

Taman Reptilia ini luasnya kira-kira 3.2hektar.Haiwan yang ada di sini terdiri daripada beberapa spesies retilia terutamanya buaya.Haiwan lain yang turut dipamerkan ialah ular,sesumpah,mengkarung dan biawak.Antara spesies buaya yang dipelihara di sini ialah buaya Siam,buaya Afrika,buaya Jenjulung,buaya Tembaga,buaya India dan buaya Amerika.Terdapat lebih daripada 200 ekor buaya yang dipamerkan di sini.

Taman Reptilia berkonsepkan ilmu pengetahuan dan pemiliharaan alam semula jadi.Taman ini ialah taman simpanan spesies hidupan liar yang dilindungi.Fokusnya adalah untuk memberi pengetahuan dan pembelajaran tentang penjagaan haiwan-haiwan tersebut.Di taman ini juga,pengunjung boleh mengadakan aktiviti bersama-sama keluarga seperti sambutan hari lahir,hari keluarga dan sebagainya.

Anda boleh mengalami pengalaman seram di'rumah hantu',dan 'cermin lucu',memasuki'kota sesat',dan menaiki'kereta api raksasa'.Anda juga boleh menunggang kuda.Jangan lupa menyaksikan pertunjukan haiwan yang terdapat di sini.Ambillah kesempatan untuk bergambar dengan anak buaya bersama-sama keluarga anda.