Make your own free website on Tripod.com

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara.Tasik Kenyir terletak kira-kira 55km ke barat daya Kuala Terengganu.Tasik ini seluas 36,900hektar.Di sini terdapat sebuah empangan yang mampu menampung kira-kira 13.6billion m3 air.Empangan ini terhasil daripada pembinaan Logi Kuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud yang siap pada tahun 1984.

Untuk ke Tasik Kenyir kita boleh menaiki kenderaan seperti kereta dari Kuala Terengganu.Perjalanan ini mengambil masa satu jam.Apabila sampai tersebut,kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang Tasik Kenyir di pusat penerangan pelancong yang disediakan di Pengkalan Gawi.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke Tasik Kenyir adalah untuk menikmati keindahan alam semulajadinya.Pelbagai flora dan fauna yang unik terdapat di sini.Antaranya orkid,paku-pakis,burung enggang,gajah dan harimau bintang.Terdapat pelbagai kemudahan untuk bariadah disediakan di sini.Bagi pengujung yang gemar akan aktiviti memancing,mereka boleh memancing ikan air tawar di tasik ini.Terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar seperti sebarau,lampan,baung dan sebagainya.Pemancing boleh menyewa bot dan peralatan memancing daripada pengusaha bot.Di samping,sesiapa yang gemar akan aktiviti pengembaran di dalam hutan,kemudahan perkhemahan juga disediakan.

Di pinggir Tasik Kenyir,Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah mendirikan kira-kira 150buah calet yang bercirikan rumah tradisional Melayu.Calet-calet ini sungguh unik dan cantik serta dilengkapi pelbagai kemudahan asas.Calet-calet ini boleh disewa dengan harga yang berpatutan.

Di sekitar Tasik Kenyir juga terdapat banyak air terjun.Antara yang popular di kalangan pengunjung ialah Air Terjun Kenyir dan Air Terjun Lasir.

Tasik Kenyir mempunyai daya tarikannya sendiri.Pihak pengurusan Ketengah akan terus memajukan dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini.Usaha menjadikan Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi pelancong yang popular.

Back