Make your own free website on Tripod.com

Tekat Menekat

Tekat menekat termasuk di dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu.
Tekat menekat disebut juga sulaman timbul.

Pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak Darul Ridzuan,Pahang Darul Makmur dan Johor Darul Takzim.Di Perak Darul Ridzuan dan Pahang Darul Makmur seni ini mula bertapak di kawasan-kawasan istana di Kuala Kangsar dan pekan.Di Johor Darul Takzim pusat-pusat ini terdapat di Kota Tinggi dan Kluang.

Di Perak Darul Ridzuan,tekat menekat dikuasai oleh golongan istana terutamanya oleh Raja Permaisuri pada akhir abad ke-19.Baginda merupakan perekabentuk dan tukang yang menghasilkan banyak rekabentuk tekat.

Seni tekat berkembang dikalangan rakyat dan dilakukan sebagai kerja sambilan.Ini disebabkan seni ini perlukan ketelitian dan memakan masa yang panjang untuk membuatnya.

Proses pertama membuat tekatan ialah membentuk mempulur.Bentuk motif dilukis diatas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hinnga lapan helai.Kemudianya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan.Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 dan 0.25sm.

Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik.Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

Back<---