Make your own free website on Tripod.com

Tun Tan Cheng Lock

Tun Tan Cheng Lock Tun Tan Cheng Lock merupakan seorang tokoh pemimpin politik yang memberi banyak sumbangan kepada masyarakat kaum Cina. Beliau dilahirkan di negeri Melaka pada 5 April 1883. Beliau merupakan anak ketiga.

Beliau pernah bertugas sebagai guru dan Penolong Pengurus estet getah. Isteri Tun Tan Cheng Lock bernama Yeo Yeok Neo. Beliau dikurniakan seorang anak lelaki dan empat anak perempuan. Beliau dilantik menjadi ahli Suruhanjaya Perbandaran Melaka dan Jaksa Pendamai Negeri Melaka pada tahun 1912.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Melaka dan ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat.

Semasa pengenalan Malayan Union, Tun Tan Cheng Lock telah bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya menentang UMNO. Tun Tan Cheng Lock dan rakan-rakannya telah menubuhkan AMCJA dan bekerjasama dengan PUTERA pimpinan PKMM. Pada 27 Februari 1949, Tun Tan Cheng Lock bersama-sama pemimpin Cina mengasaskan penubuhan MCA. Tujuannya adalah untuk menyatukan dan memelihara kepentingan orang Cina di Tanah Melayu. Salah satu sumbangan MCA ialah menempatkan orang Cina yang tinggal di pinggir hutan ke kampung baru yang lebih selamat. Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960 ketika berusia 77 tahun.

<-BACK